SAYUR

INGAT!! ASINGKAN SEPINGGAN UTK ANDA SELEBIHNYA BOLEH DI HIDANGKAN UNTUK AHLI KELUARGA YANG LAIN ..DAN ANDA BOLEH KOMBINASI KAN DENGAN LAUK YANG LAIN TANPA NASI..INGAT!!! TANPA NASI




SAYUR CAMPUR


Bahan bahan

cendawan - 1 mangkuk kecil di siat siat dan di bersihkan
bunga kobis - 1 mangkuk kecil siang kecik2 dan bersihkan
kacang buncis - 1 mangkuk kecil
jagung muda - potong serong serong
isi ayam/udang - ikot suka
bawang putih - 2 ulas di cincang
cili padi - cincang (ikut suka kalo nak pedas letakla bnyak)



Cara caranya

  • Panaskan minyak tumis bawang putih + isi ayam/udang hingga wangi.
  • Masukkan air tunggu sampai menggelegak. Masukkan garam + pasti sedap knorr
  • Masukkan semua sayur sayur dan tunggu lagi sampai sayur empuk masak dan boleh laa di hidang ..

SALAD SAYUR
------------------
Bahan - Bahan

daun salad - 4 helai
buah tomato - sebelah
bawang besar - sebelah
sosej ayam - 1 btg digoreng dan di kerat kecil
mayonis brand kimball - 2 sudu besar
cuka makan - 1 sudu kecil

Cara-caranya

Gaulkan semua bahan di atas dan sedia dimakan bersama AYAM/DAGING/IKAN bakar or goreng..



SIAKAP SOUP WITH PAK CHOY
----------------------------------------
Bahan-bahan

ikan siakap - di bersihkan dah di kerat kerat mengikut keperluan
sayur sawi pak choy - 2 pokok di bersihkan dan dikerat kerat
bawang putih - 2 ulas di ketuk dan di cincang
halia - besar ibu jari di hiris
cili padi - ikut suka di ketuk dan di belah belah
bawang goreng - ikut suka

Cara cara

Panaskan minyak dan tumis halia/bawang putih/cili padi.
bila dah wangi masukkan air ikut sukatan anda.
Tunggu sehingga air menggelegak masukkan ikan siakap.
letak garam + serbuk PATI  SEDAP KNORR
akhir sekali masukkan sayur sawi pak choy tunggu beberapa minit dan sedia di hidangkan..taburkan bawang goreng utk lebih rasa..



SUP SAYUR TAUHU JEPUN DAN CENDAWAN
--------------------------------------------------------

Bahan bahan

Sayur pak choy - 2 pokok di kerat kerat kecil
Cendawan hitam - direndam terlebih dahulu dan di bersihkan dan belah dua
Taufu jepun - 1 itub di kerat kerat
udang kering - sejemput
bawang putih - 2 ulas di cincang
cili padi - ikut suka di ketuk dan belah belahkan

Cara caranya

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih + udang kering + cili padi hingga wangi
  • Masukkan air ikut sukatan anda sehingga menggelegak
  • masukkan taufu jepun dan cendawan dan biar dalam 5 minit
  • kemudian masukkan sayur pak choy tunggu sekejap sampai masak dan boleh la di hidang

SUP CENDAWAN
-------------------------

Bahan bahan

cendawan - 1 mangkuk kecil di siat siat dan di bersihkan
suhun - 1/2 mangkuk kecil di rendam dgn air
isi ayam - ikot suka
bawang putih - 2 ulas di cincang
daun bawang - potong kecik utk hiasan
bawang goreng

Cara caranya

  • Panaskan minyak tumis bawang putih + isi ayam hingga wangi.
  • Masukkan air tunggu sampai menggelegak. Masukkan garam + pasti sedap knorr
  • Masukkan suhun + cendawan dan tunggu lagi 5 minit
  • Bila dah masak taburkan daun bawang + bawang goreng sedia utk di makan.