Panduan sebelum diet

Panduan utk buat persediaan yang mantap sebelum berdiet:


1. Target - berat yang kamu inginkan dan masa yang diperlukan. penting!! ada org diet, minggu ni diet, munggu depan taknak diet, asalannye...'ada rumah terbuka la, kenduri la, org belanje makan la(makan free memang sedap)...

2. Cari ILMU - Kena kaji jenis diet yang korang nak buat, cari la apa saja info yang ada kena mengena dengan diet yg korang nak buat, contohnya diet Atkins, u all boleh cari info pasal ketosis, air kosong, kasiat telur, dan lain2. carilah apa saja tentang diet, apa2 kita nak buat, kena ada ilmu, baru boleh berjaya.

3. Berfikir secara positif - ada org yang dah berjaya kurangkan saiz badan, bila saiz badan dah kecil, tapi takut nak buat baju or beli baju saiz kecil..takut gemuk balik!!(patut ke kita berfikir macam ni, sedangkan kita mempunyai azam untuk kurus?) kalau boleh jgn ada pemikiran yang macam tu, cuba berazam "aku takkan pakai baju ni lagi" kalau boleh buang je baju2 tersebut.if berkenan satu baju ni, tapi takde saiz besar, beli je saiz yg kecik sikit, janji boleh pakai..dan fikirkan satu hari nanti anda akan dapat memakai baju tersebut dengan selesa(pasti anda akan tersenyum dan lebih bersemangat)

4. Abaikan MULUT ORANG - bersedia untuk menerima macam2 kutukan, atau kata2 yang buat anda tidak bersemangat, ayat2 biasa:
  • betul ke cara ko diet ni?
  • aku tgk tak turun pun badan ko? 
  • takpayah la kurus sgt.
  • ko dah cantik dah macam ni
  • jimat ke, minum air kosong je kat kedai 
tapi bila kita gemuk
  • Gemukla kau
  • makan banyak la kau, patut la gemuk
  • kau ni gemuk banyak penyakit
  • patah spring kete aku
  • dan macam2 lagi..xsampai hati nak tulis..
lantak org nak cakap apapun..fikir positif je, buktikan pada org rimas tgk kemajuan kita..kekadang ada org jeles bila nampak kita berusaha untuk kurus, biasalah manusia ni, bila gemuk org mengata, nak kurus pun org mengata, kurus pun org mengata. jadi..teruskan je diet anda..sampai BMI anda normal. yang pastinye..kita tuan punya badan...badan sendiri2...so kena jaga sendiri..tak payah dengar cakap orang.hasilnya kita yang akan nikmati..bukan orang lain.

5. Catatkan semuanya - maksudnya..setiap penurunan, sila catat tarikh,berat,saiz dalam diari anda supaya boleh jadi rujukan anda kemudian hari.

6. Cari kawan - cari kawan, untuk sama2 berdiet, lawan jgn tak lawan...!!