AYAM



AYAM TUMIS KACANG PANJANG

Bahan-bahannya

Isi Ayam - di goreng terlebih dahulu dgn garam + kunyit
kacang panjang - dipotong kecil2 dan di bersihkan
bawang putih - 2 ulas di tumbuk
bawang besar - di potong bulat
cili padi - ikut suka di tumbuk
air asam jawa - secawan

Cara-caranya

Tumis bawang putih + bawang besar + sampai wangi kemudian masukkan cili padi.
agak2 garing masukkan air asam jawa + garam.
tunggu sampai menggelegak baru masukkan kacang panjang dan ayam dan terpulang kalo nak basah boleh la terus di angkat..kalo nak kering tunggu sekejap biarkan kering sikit baru angkat dan hidang.




AYAM GORENG BEREMPAH SIMPLE
--------------------------------------------
 Bahan bahan

Ayam - 1 ekor kerat 6 dan di bersihkan
Serbuk rempah kari - 3 sudu besar
Cili pes (mesin)  - 3 sudu besar
Garlic Spread - 1 sudu besar
Mayonis kimball - 2 sudu besar
sedikit garam

Cara caranya

Gaul kesemua bahan bersama sama ayam dan perap selama 2 atau 3 hari. Bila nak makan di goreng naik bau aroma ayam berempah. Sungguh menyelerakan.


AYAM LAPIS SAYUR
 ---------------------------

 Bahan bahannya

Ayam cincang ramly - anggaran 1 cawan
*Garlic Spread - 1 sudu kecil
*Serbuk Lada Hitam - 2 cubit
*Garam - 2 cubit
Bawang Merah -1/2 biji di potong bulat
Tomato - 1/2 biji dipotong bulat
timun - beberapa keping ikut suka

Cara caranya

Gaulkan ayam cincang bersama bahan yang bertanda ( * )
Kemudian bahagiakan adunan kepada 2 bahagian dan setiap bahagian dileperkan sebesar tapak tangan.
Goreng atas kuali leper dengan anggaran minyak yang sedikit sahaja.
Setelah semua masak lapiskan diatasnya bawang dan tomato dan timun hidang bersama sayur salad. Sedia utk dimakan.